Pengalaman saya semasa melibatkan diri dengan perniagaan dengan Syarikat Spag On Us Enterprise
Saya telah ditauliahkan untuk memegang jawatan eksekutif publisiti di Syarikat Spag On Us Enterprise. Pengalaman yang telah saya peroleh daripada memegang jawatan ini ialah ia adalah sukar untuk menarik minat pelanggan dengan menggunakan kata dari mulut. Alat bantuan visual adalah perlu untuk menarik minat bakal pelanggan. Saya mendapati bahawa pengunaan papan tanda yang besar, menarik dan berwarna-warni mampu menarik lebih pelanggan. Walaupun video telah dihasilkan untuk membantu mempromosikan produk yang dihasilkan oleh syarikat kami, ia adalah tidak mencukupi. Video yang telah kami hasilkan dan dihebahkan di laman sesawang sosial Facebook. Ini adalah kerana ada segelintir pelajar UPM yang tidak melawati laman sesawang sosial dengan kerap dan ini menyebabkan mereka tidak mendapat pendedahan terhadap produk yang kami jual.
Saya juga telah mempelajari cara-cara untuk memasak spageti walaupun saya tidak ditugaskan untuk memasak. Ini kerana Syarikat Spag On Us adalah kecil, dan sikap saling bantu membantu adalah amat penting untuk memastikan perjalanan perniagaan syarikat berjalan dengan licin. Sikap bertolak ansur juga adalah amat penting di sini. Ini kerana setiap ahli kongsi Syarikat Spag On Us mempunyai kuliah pada masa yang berlainan. Masalah ini boleh diatasi dengan berkompromi dan bertolak ansur dengan rakan kongsi yang lain dalam masa untuk menjaga gerai.
WHAT TO STUDY FOR STPM MATHS T PAPER 2
2 months ago

0 comments:
Post a Comment