Visitor Count

Friday, July 17, 2009

Buat baik tidak semestinya dapat balasan yang baik

Seperti yang semua orang kata, berbuat baiklah selalu dan dengan itu, orang lain akan berbuat demikian pada diri anda. Pada pendapat saya, perkara seperti itu tidak semestinya tepat!. Saya mengambil berat tentang kelakuan seorang kawan, dan apa yang saya dapat sebagai balasan? tak tahu lah... tapi apa yang saya tahulah bahawa beliau memang marah (bukanlah marah sampai nak cekik saya sampai mati ataupun apa).

Pada mulanya saya berasa hairan, kenapa dia tiba tiba rasa marah? mungkinkah orang lain buat dia marah ke apa, tapi apabila saya mengimbas kembali semula peristiwa, mungkinkah dia berasa marah sebab saya tegurnya? saya tegurnya kerana saya mengambil berat. bukannya saya berniat jahat ke apa.. Tapi takpe lah... Saya anggap dia marah kerana saya yang tegurnya. Takpe lah... semua orang ada hak untuk berasa marah.

Aku pun merenung kembali... adakah patut saya mengambil berat tentang kawan? jika saya mengambil berat tentang mereka, mereka pasti puat perangai macam setan ke apa. aku sedih, setiap kali saya ambil berat tentang mereka, mereka marah pula.. Saya sekarang tak tahu lah..

Nak buat pilihan

1) Abaikan mereka dan buat tak tahu?
2) Teruskan kehidupan macam takde apa apa.

Cuba bagi petunjuk...

Ok... Off topic... Tadi masa rehat kat kelas, saya makan satu kotak regular pizza. ish... kalau bersedih, memang cepat lapar.. Masa bio kena tadi, rehat pertama pun dah rasa lapar. nasib baik hari ini pergi rehat pertama.. kalau tidak, memang tak tahan.

hahaha... nah. aku dah ambil gambar.

Nih kotaknya

Nih bakinya sebelum aku habiskan..

Pizza tuh semuanya RM 15.00

Tak berbaloi... tapi takpe lah... masa bersedih makan lah.. sekurang kurangnya perut ku rasa gembira

0 comments: